Pek Jasa unifi Mobile™

Pek Jasa ialah pelan pasca bayar mudah alih ekslusif untuk Penjawat Awam dari unifi Mobile™. Tawaran Pek Jasa ciri-ciri ini terhad sehingga 31 Disember 2019. Pendaftaran online boleh dilakukan di laman web unifi dengan langkah yang dijelaskan di bawah.

Kelebihan Pek Jasa

Berikut adalah ciri-ciri Pek Jasa:

  • RM59 sebulan; harga biasa RM99
  • Tanpa had data, panggilan & SMS
  • Tanpa kontrak
  • Eksklusif untuk Penjawat Awam

Pek jasa merupakan cara unifi Mobile™ menghargai jasa Penjawat Awam disamping mempromosikan pelan mudah alih unifi yang sebelum ini lebih terkenal dengan pelan jalur lebar untuk kediaman tetap.

Pasca bayar tanpa had termurah

Tiada pengendali mudah alih yang lain di Malaysia yang memberikan harga serendah RM59 untuk pelan pasca bayar tanpa had dan tanpa kontrak:

  • Digi Postpaid 100 Infinite RM100
  • MaxisOne Plan 98 RM98
  • U Mobile Unlimited HERO P99 RM99
  • Celcom Platinum Plus (100GB) RM188

Tanpa risiko

Anda tidak akan terikat dengan sebarang kontrak dan boleh menamatkan langganan atau tukar kepada pengendali talian mudah alih yang lain pada bila-bila masa.

Kelayakan

Anda layak untuk memohon Pek Jasa sekiranya anda seorang:

  • Penjawat awam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; dan
  • Berstatus tetap atau kontrak

Jika anda tidak pasti, hantarkan sahaja pendaftaran online dengan langkah yang dijelaskan di bawah dan unifi Mobile™ akan memeriksa kelayakan anda.

Liputan

unifi Mobile™ mempunya liputan liputan di seluruh negara.

Di samping mempunya infrastruktur rangkaian sendiri, unifi Mobile™ juga berkongsi rangkaian dengan Celcom melalu perjanjian perayauan domestik.

Kekalkan nombor

Anda boleh mengekalkan nombor telefon dari pengendali talian mudah alih semasa kepada Pek Jasa sekiranya anda:

  • Telah melunaskan kesemua baki;
  • Tidak disenarai-hitam; dan
  • Bebas dari sebarang kontrak

unifi Mobile™ akan menguruskan pemindahan nombor dari pengendali talian mudah alih semasa anda.

Tambah talian

Anda hanya boleh melanggan satu talian Pek Jasa sahaja pendaftaran.

Jika anda ingin melanggan lebih dari satu talian unifi Mobile™, anda boleh menambah sehingga empat talian di bawah akaun yang sama dari mana-mana pelan unifi Mobile™ yang lain seperti berikut:

  • RM99: Tanpa had data, panggilan & SMS
  • RM59: 10GB data, 100 minit , 25 SMS
  • RM39: 5GB data, 50 minit , 25 SMS
  • RM29: 3GB data, 50 minit , 25 SMS
  • RM19: 2GB data, 5 minit , 25 SMS

Penambahan ini hanya akan dibuat selepas pengesahan kelayakan

Langkah pendaftaran

Dua langkah utama yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan Pek Jasa ialah:

  1. Pendaftaran online untuk mengesahkan kelayakan anda; dan seterusnya
  2. Pembelian kad SIM online untuk pemilihan nombor dan penghantaran kad SIM

1. Pendaftaran online

Tawaran Pek Jasa ini tidak dibuka kepada orang ramai. Oleh itu unifi Mobile™ perlu memeriksa kelayakan anda sebagai Penjawat Awam terdahulu. Anda perlu:

  • Isi borang permohonan online dengan butiran peribadi; berserta
  • Muat naik dokumen sokongan berikut:
    • Kad Pengenalan Diri
    • Pass Pekerja atau Kad Angkatan Tentera/Bekas Tentera/Polis Diraja Malaysia
    • Surat Lantikan Tetap hrmis atau Surat Pengesahan Jawatan

Anda tidak perlu risau untuk menghantar pendaftaran online anda kerana ini hanyalah untuk pengesahan kelayakan anda. Anda masih belum membuat sebarang langganan.

Anda boleh mendaftar online di sini.

2. Pembelian kad SIM online

Selepas pendaftaran online, tunggu email untuk langkah seterusnya, unifi Mobile™ akan menghubungi anda dalam masa 48 jam.

Periksa spam mail anda untuk memastikan anda tidak terlepas email tersebut.

Klik pautan dalam email tersebut untuk meneruskan dengan pembelian kad SIM online. Kad SIM akan dihantar kepada anda secara percuma selepas anda selesai dengan pembelian kad SIM dan pemilihan nombor.


  1. Ciri-ciri Pek Jasa unifi Mobile™:

    • RM59 sebulan; tidak termasuk SST
    • Tanpa had data, panggilan & SMS
    • Tanpa kontrak; batal bila-bila masa
    • Hotspot 10GB; RM8 untuk setiap 500MB berikutnya
    • Roaming RM38 sehari
    • Kadar IDD berpatutan

  2. Periksa liputan unifi Mobile™

  3. Pendaftaran online di laman web Pek Jasa unifi

  4. Surat Lantikan Tetap boleh diperolehi di HRMIS